33 Dia memusnahkan ladang anggur dan pokok ara mereka,serta menumbangkan segala pokok di sana.
34 Demi firman-Nya, belalang datang,berjuta-juta tidak terbilang;
35 yang makan segala tumbuhan di negeri mereka;dan makan habis segala tanaman di sana.
36 Lalu dibunuh-Nya semua anak lelaki sulung,anak lelaki sulung semua keluarga Mesir.
37 Selepas itu Dia memimpin umat Israel keluar;mereka membawa perak dan emas,mereka semua sihat dan kuat.
38 Bangsa Mesir takut akan umat Israel,oleh itu mereka gembira ketika orang Israel pergi.
39 Allah membentangkan awan untuk menaungi umat-Nya,dan memberikan api sebagai penerang pada waktu malam.