35 yang makan segala tumbuhan di negeri mereka;dan makan habis segala tanaman di sana.
36 Lalu dibunuh-Nya semua anak lelaki sulung,anak lelaki sulung semua keluarga Mesir.
37 Selepas itu Dia memimpin umat Israel keluar;mereka membawa perak dan emas,mereka semua sihat dan kuat.
38 Bangsa Mesir takut akan umat Israel,oleh itu mereka gembira ketika orang Israel pergi.
39 Allah membentangkan awan untuk menaungi umat-Nya,dan memberikan api sebagai penerang pada waktu malam.
40 Mereka meminta makanan, lalu Dia menghantar burung puyuh,mereka dikenyangkan dengan roti dari langit.
41 Dia membelah bukit batu, lalu air memancar keluar,dan mengalir seperti sungai di gurun.