1 Pujilah TUHAN!Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik;kasih-Nya kekal abadi.
2 Siapakah dapat menceritakan perbuatan besar yang dilakukan TUHAN?Siapakah dapat memuji Dia dengan secukupnya?
3 Berbahagialah orang yang berlaku adil,yang sentiasa melakukan apa yang benar.
4 Ingatlah aku, ya TUHAN, ketika Engkau menolong umat-Mu;selamatkanlah aku juga, ketika Engkau menyelamatkan mereka.