21 Mereka melupakan Allah yang telah menyelamatkan mereka,Allah yang telah melakukan hal-hal besar di Mesir.
22 Sungguh hebat perbuatan-Nya di negeri itu,sungguh menakjubkan perbuatan-Nya di Laut Gelagah.
23 Apabila Allah berfirman hendak membinasakan umat-Nya;Musa, hamba pilihan-Nya, berdiri di hadapan Allah,dan memujuk Dia supaya tidak membinasakan mereka.
24 Kemudian mereka menolak tanah yang indah itu,kerana mereka tidak percaya akan janji Allah.
25 Mereka merungut di dalam khemah merekadan tidak mahu mendengarkan TUHAN.
26 Maka dengan sumpah Dia berjanjiakan membunuh mereka di gurun,
27 dan mencerai-beraikan keturunan mereka antara bangsa-bangsa,sehingga mereka mati di negeri-negeri asing.