23 Apabila Allah berfirman hendak membinasakan umat-Nya;Musa, hamba pilihan-Nya, berdiri di hadapan Allah,dan memujuk Dia supaya tidak membinasakan mereka.
24 Kemudian mereka menolak tanah yang indah itu,kerana mereka tidak percaya akan janji Allah.
25 Mereka merungut di dalam khemah merekadan tidak mahu mendengarkan TUHAN.
26 Maka dengan sumpah Dia berjanjiakan membunuh mereka di gurun,
27 dan mencerai-beraikan keturunan mereka antara bangsa-bangsa,sehingga mereka mati di negeri-negeri asing.
28 Kemudian di Peor, umat Allah ikut menyembah Baal,dan makan korban yang dipersembahkan kepada dewa-dewa yang tidak bernyawa.
29 Mereka membangkitkan kemurkaan TUHAN dengan perbuatan mereka,lalu penyakit yang dahsyat menyerang mereka.