40 Oleh itu TUHAN murka terhadap umat-Nya;Dia berasa jijik terhadap mereka.
41 Dia menyerahkan mereka ke dalam kuasa bangsa-bangsa,dan membiarkan musuh menjajah mereka.
42 Mereka ditindas oleh musuh,mereka dijajah sepenuhnya.
43 Berulang kali TUHAN menyelamatkan umat-Nya,tetapi mereka masih memberontak terhadap-Nya,sehingga dosa mereka bertambah-tambah.
44 Namun TUHAN mendengar seruan mereka,dan memperhatikan kesusahan mereka.
45 Bagi kebaikan mereka, Dia ingat akan perjanjian-Nya,dan kerana kasih-Nya yang besar, Dia mengasihani mereka.
46 Dia menyebabkan semua orang yang menindas merekaberasa kasihan terhadap mereka.