43 Berulang kali TUHAN menyelamatkan umat-Nya,tetapi mereka masih memberontak terhadap-Nya,sehingga dosa mereka bertambah-tambah.
44 Namun TUHAN mendengar seruan mereka,dan memperhatikan kesusahan mereka.
45 Bagi kebaikan mereka, Dia ingat akan perjanjian-Nya,dan kerana kasih-Nya yang besar, Dia mengasihani mereka.
46 Dia menyebabkan semua orang yang menindas merekaberasa kasihan terhadap mereka.
47 Selamatkanlah kami, ya TUHAN, Allah kami,dan bawalah kami pulang dari antara bangsa-bangsa,supaya kami dapat bersyukur,dan memuji nama-Mu yang suci.
48 Pujilah TUHAN, Allah umat Israel;pujilah Dia sekarang dan selama-lamanya!Hendaklah semua orang berkata, “Amin!”Pujilah TUHAN!