19 Biarlah kutuk itu menutupinya seperti pakaian,dan sentiasa membelitnya seperti tali pinggang.
20 Ya TUHAN, hukumlah musuhku dengan cara itu,mereka yang mengatakan hal jahat tentang aku.
21 Tetapi tolonglah aku, ya TUHAN Raja, menurut janji-Mu,dan selamatkanlah aku kerana kebaikan dan kasih-Mu.
22 Aku miskin dan sengsara;hatiku sangat luka.
23 Aku hampir lenyap seperti bayangan pada waktu petang;aku dikebas seperti belalang.
24 Lututku gementar kerana berpuasa;badanku tinggal kulit dan tulang.
25 Apabila orang melihat aku, mereka mengejek aku;mereka menggeleng-gelengkan kepala sambil menghina aku.