21 Tetapi tolonglah aku, ya TUHAN Raja, menurut janji-Mu,dan selamatkanlah aku kerana kebaikan dan kasih-Mu.
22 Aku miskin dan sengsara;hatiku sangat luka.
23 Aku hampir lenyap seperti bayangan pada waktu petang;aku dikebas seperti belalang.
24 Lututku gementar kerana berpuasa;badanku tinggal kulit dan tulang.
25 Apabila orang melihat aku, mereka mengejek aku;mereka menggeleng-gelengkan kepala sambil menghina aku.
26 Tolonglah aku, ya TUHAN, Allahku;selamatkanlah aku kerana kasih-Mu.
27 Hendaklah musuhku tahu bahawa hal itu perbuatan-Mu,bahawa Engkaulah yang menyelamatkan aku.