23 Aku hampir lenyap seperti bayangan pada waktu petang;aku dikebas seperti belalang.
24 Lututku gementar kerana berpuasa;badanku tinggal kulit dan tulang.
25 Apabila orang melihat aku, mereka mengejek aku;mereka menggeleng-gelengkan kepala sambil menghina aku.
26 Tolonglah aku, ya TUHAN, Allahku;selamatkanlah aku kerana kasih-Mu.
27 Hendaklah musuhku tahu bahawa hal itu perbuatan-Mu,bahawa Engkaulah yang menyelamatkan aku.
28 Walaupun mereka mengutuk aku,tetapi Engkau memberkati aku.Biarlah mereka yang menganiaya aku dikalahkan,dan semoga aku, hamba-Mu, digembirakan.
29 Biarlah musuhku dihina,dan perasaan malu menyelubungi mereka seperti jubah.