25 Apabila orang melihat aku, mereka mengejek aku;mereka menggeleng-gelengkan kepala sambil menghina aku.
26 Tolonglah aku, ya TUHAN, Allahku;selamatkanlah aku kerana kasih-Mu.
27 Hendaklah musuhku tahu bahawa hal itu perbuatan-Mu,bahawa Engkaulah yang menyelamatkan aku.
28 Walaupun mereka mengutuk aku,tetapi Engkau memberkati aku.Biarlah mereka yang menganiaya aku dikalahkan,dan semoga aku, hamba-Mu, digembirakan.
29 Biarlah musuhku dihina,dan perasaan malu menyelubungi mereka seperti jubah.
30 Aku akan bersyukur kepada TUHAN dengan suara nyaring;aku akan memuji Dia dalam perhimpunan umat,
31 kerana Dia membela orang sengsara dan menyelamatkan merekadaripada orang yang menjatuhi mereka hukuman mati.