1 Bukan kami, ya TUHAN, bukan kami,tetapi Engkau sahaja yang harus dimuliakan dan dipuji,kerana Engkau setia dan tetap mengasihi kami.
2 Mengapakah bangsa-bangsa bertanya,“Di manakah Allah mereka?”
3 Allah kami ada di syurga;Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya.
4 Berhala-berhala mereka dibuat daripada perak dan emas,dibentuk oleh tangan manusia.