1 Aku mengasihi TUHAN, kerana Dia mendengar seruanku;Dia mendengar permintaanku.
2 Dia mendengar akusetiap kali aku berseru kepada-Nya.
3 Maut mengepung aku,dan kengerian kubur meliputi aku;aku sangat takut dan cemas.
4 Lalu aku berseru kepada TUHAN,“Aku memohon, ya TUHAN, selamatkanlah aku.”
5 TUHAN itu pengasih dan adil;Allah kita penuh belas kasihan.