4 Lalu aku berseru kepada TUHAN,“Aku memohon, ya TUHAN, selamatkanlah aku.”
5 TUHAN itu pengasih dan adil;Allah kita penuh belas kasihan.
6 TUHAN melindungi orang yang tidak berdaya;ketika aku menghadapi bahaya, Dia menyelamatkan aku.
7 Aku mesti tenang,kerana TUHAN baik kepadaku.
8 TUHAN telah menyelamatkan aku daripada maut;Dia menghentikan air matakudan tidak membiarkan aku dikalahkan.
9 Maka aku hidup di hadirat TUHAN,di dunia orang yang hidup.
10 Aku tetap percaya, walaupun aku berkata,“Aku dikalahkan sama sekali.”