15 Dengarlah sorakan kemenangan di dalam khemah umat Allah;“TUHAN melakukan perbuatan perkasa!
16 Kuasa TUHAN memberi kita kemenangan,TUHAN melakukan perbuatan perkasa!”
17 Aku tidak akan mati, tetapi aku akan hidup,untuk menceritakan perbuatan TUHAN.
18 Dia telah menghukum aku dengan berat,tetapi Dia tidak membiarkan aku mati.
19 Bukalah pintu gerbang Rumah TUHAN untukku,supaya aku masuk dan bersyukur kepada TUHAN!
20 Inilah pintu gerbang TUHAN;hanya umat Allah boleh memasukinya.
21 Aku memuji-Mu, TUHAN, kerana Engkau mendengar seruanku,kerana Engkau telah memberi aku kemenangan.