98 Perintah-Mu selalu bersama-sama aku,dan menjadikan aku lebih bijak daripada semua musuhku.
99 Pengertianku melebihi pengertian semua guruku,kerana aku merenungkan peraturan-Mu.
100 Aku lebih bijak daripada orang tua,kerana aku mentaati perintah-Mu.
101 Aku mengelakkan segala kelakuan jahat,kerana aku mahu mematuhi firman-Mu.
102 Aku tidak melalaikan peraturan-Mu,kerana Engkaulah yang mengajar aku.
103 Betapa manisnya peraturan-Mu;lebih manis daripada madu!
104 Aku mendapat kebijaksanaan daripada hukum-Mu,oleh itu aku membenci segala kelakuan buruk.