2 Ya TUHAN, dengarlah rintihanku,dengarlah seruanku minta tolong.
3 Jika Engkau terus mengingat dosa-dosa kami,siapakah yang dapat terlepas daripada hukuman?
4 Tetapi Engkau mengampuni kami,supaya kami hormat dan taat kepada-Mu.
5 Aku menanti-nantikan pertolongan TUHAN,dan berharap kepada firman-Nya.
6 Aku menantikan Tuhan,lebih daripada penjaga malam menantikan subuh,lebih daripada penjaga malam menantikan fajar.
7 Hai Israel, berharaplah kepada TUHAN,kerana Dia tetap mengasihidan sentiasa bersedia menyelamatkan kamu.
8 Dia akan menyelamatkan umat-Nya Israeldaripada segala dosa mereka.