3 Mereka sentiasa merancang kejahatan,dan selalu menimbulkan pertengkaran.
4 Lidah mereka bagaikan ular berbisa,dan kata-kata mereka seperti racun ular senduk.
5 Ya TUHAN, lindungilah aku daripada kuasa orang jahat;peliharalah aku daripada pengganasyang merancang untuk menjatuhkan aku.
6 Orang sombong memasang perangkap untukku;mereka merentang jaring untuk menjerat aku,dan memasang jerat di sepanjang jalan untuk menangkap aku.
7 Aku berkata kepada TUHAN, “Engkaulah Allahku.”Dengarlah seruanku minta tolong, ya TUHAN!
8 TUHAN Rajaku, penyelamatku yang kuat,Engkau telah melindungi aku dalam pertempuran.
9 Ya TUHAN, jangan beri orang jahat keinginan mereka;jangan biarkan rancangan mereka berjaya.