5 Ya TUHAN, lindungilah aku daripada kuasa orang jahat;peliharalah aku daripada pengganasyang merancang untuk menjatuhkan aku.
6 Orang sombong memasang perangkap untukku;mereka merentang jaring untuk menjerat aku,dan memasang jerat di sepanjang jalan untuk menangkap aku.
7 Aku berkata kepada TUHAN, “Engkaulah Allahku.”Dengarlah seruanku minta tolong, ya TUHAN!
8 TUHAN Rajaku, penyelamatku yang kuat,Engkau telah melindungi aku dalam pertempuran.
9 Ya TUHAN, jangan beri orang jahat keinginan mereka;jangan biarkan rancangan mereka berjaya.
10 Jangan biar musuhku menang,tetapi biarlah kata-kata jahat mereka menimpa diri mereka.
11 Biarlah bara api yang menyala-nyala menghujani mereka;biarlah mereka jatuh ke dalam jurang dan tidak dapat keluar lagi.