1 Mazmur Daud.Aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN; tolonglah aku sekarang!Dengarlah aku apabila aku berseru kepada-Mu.
2 Terimalah doaku sebagai kemenyan,dan sambutlah tangan yang aku tadahkan sebagai korban malam.
3 Ya TUHAN, kawallah mulutku,dan jagalah bibirku.
4 Jauhkan aku daripada keinginan berbuat jahat,dan daripada pergaulan dengan orang derhaka.Jangan biarkan aku berpesta dengan mereka.
5 Aku rela menerima hukuman dan teguran daripada orang baik,tetapi aku tidak akan menerima pujian daripada orang jahatkerana aku sentiasa berdoa menentang perbuatan jahat mereka.
6 Apabila pemerintah mereka dicampakkan dari tebing batu,barulah mereka akan mengakui bahawa perkataanku benar.