2 Terimalah doaku sebagai kemenyan,dan sambutlah tangan yang aku tadahkan sebagai korban malam.
3 Ya TUHAN, kawallah mulutku,dan jagalah bibirku.
4 Jauhkan aku daripada keinginan berbuat jahat,dan daripada pergaulan dengan orang derhaka.Jangan biarkan aku berpesta dengan mereka.
5 Aku rela menerima hukuman dan teguran daripada orang baik,tetapi aku tidak akan menerima pujian daripada orang jahatkerana aku sentiasa berdoa menentang perbuatan jahat mereka.
6 Apabila pemerintah mereka dicampakkan dari tebing batu,barulah mereka akan mengakui bahawa perkataanku benar.
7 Seperti kayu yang dibelah dan ditetak kecil-kecil,begitulah juga tulang mereka dihamburkan di tepi kubur.
8 Tetapi aku tetap percaya kepada-Mu, ya TUHAN Rajaku;aku mengharapkan perlindungan-Mu;janganlah biarkan aku mati!