7 Jawablah aku segera, ya TUHAN,aku putus harapan.Jangan sembunyikan diri-Mu daripadaku,supaya aku tidak menjadi seperti orang yang sudah turun ke alam maut.
8 Setiap pagi ingatkanlah aku tentang kasih-Mu,kerana aku berharap kepada-Mu.Aku berdoa kepada-Mu;tunjukkanlah aku jalan yang harus aku tempuh.
9 Aku datang hendak berlindung kepada-Mu,ya TUHAN, selamatkanlah aku daripada musuhku.
10 Engkaulah Allahku;ajarlah aku melakukan kehendak-Mu.Berbuat baiklah kepadaku,dan pimpinlah aku ke jalan yang selamat.
11 Selamatkanlah aku, ya TUHAN, menurut firman-Mu;selamatkanlah aku daripada kesusahan kerana Engkau baik.
12 Bunuhlah musuhku kerana Engkau mengasihi aku;binasakanlah semua penindasku, kerana aku ini hamba-Mu.