12 Pujilah TUHAN, hai Yerusalem!Pujilah Allahmu, hai Sion!
13 Dia menguatkan pintu gerbangmu;Dia memberkati umatmu.
14 Dia menjaga keamanan negerimudan memuaskan engkau dengan gandum yang terbaik.
15 Dia memberikan perintah kepada bumi,dan firman-Nya dilaksanakan dengan segera.
16 Dia meliputi tanah dengan salji seperti menghamparkan selimut,Dia menghamburkan embun beku seperti menghamburkan debu.
17 Dia menurunkan hujan batu seperti kerikil;tiada sesiapa pun tahan menghadapi kesejukan itu.
18 Kerana firman-Nya, air batu menjadi cair;Dia meniupkan angin, maka air pun mengalir.