12 Dia menutup diri-Nya dengan kegelapan;awan mendung yang tebal mengelilingi Dia.
13 Hujan batu dan api datang dari kilat yang di hadapan-Nya,menembusi awan yang tebal itu.
14 Kemudian TUHAN mengguntur dari angkasa;dan Yang Maha Tinggi memperdengar suara-Nya.
15 Dia melepaskan anak panah-Nya dan mencerai-beraikan musuh-Nya;Dia memancarkan kilat sehingga menyebabkan mereka lari.
16 Dasar lautan tersingkap,dan asas bumi terdedah,ketika Engkau menegur musuh-Mu, ya TUHAN,dan bertempik dengan murka terhadap mereka.
17 Dari atas TUHAN menghulurkan tangan-Nya,Dia memegang aku,lalu menarik aku keluar dari air yang dalam.
18 Dia menyelamatkan aku daripada musuhku yang kuat,dan daripada mereka yang membenci aku,kerana mereka terlalu kuat bagiku.