3 TUHAN ialah pelindungku;Dia bagaikan kubu yang kuat bagiku.Allahku tempat perlindunganku,aku selamat bersama dengan Dia.Dia melindungi aku seperti perisai;Dia membela dan menjaga aku supaya aku selamat.
4 Aku berseru kepada TUHAN yang patut dipuji,dan Dia menyelamatkan aku daripada musuhku.
5 Bahaya maut mengelilingi aku,banjir kebinasaan menggenangi aku.
6 Bahaya maut mengelilingi aku,dan kubur memasang perangkap untukku.
7 Dalam kesusahan aku berseru kepada TUHAN;aku berseru kepada Allahku minta pertolongan.Di dalam Rumah-Nya Dia mendengar suaraku;Dia memperhatikan seruanku.
8 Kemudian bumi bergempa dan bergoncang;tapak gunung bergoyang dan bergegar,kerana Allah murka.
9 Asap berhembus dari hidung-Nya,api dan bara keluar dari mulut-Nya.