35 Dia melatih aku untuk berperang,supaya aku dapat melengkungkan busur yang terkuat.
36 Ya TUHAN, Engkau melindungi dan menyelamatkan aku;pertolongan-Mu telah menjadikan aku agungdan kuasa-Mu memelihara keselamatanku.
37 Engkau menjaga aku supaya aku tidak ditawan,dan aku tidak pernah jatuh.
38 Aku mengejar musuhku dan menangkap mereka;aku tidak berhenti sehingga aku mengalahkan mereka.
39 Aku memukul mereka sehingga mereka tidak dapat bangun;mereka rebah kerana kalah di hadapanku.
40 Engkau memberi aku tenaga untuk bertempur,dan kemenangan atas musuhku.
41 Engkau menyebabkan musuhku lari daripadaku;aku membinasakan orang yang membenci aku.