42 Mereka berteriak minta tolong, tetapi tiada sesiapa pun menyelamatkan mereka;mereka berseru kepada TUHAN, tetapi Dia tidak menjawab.
43 Aku menghancurkan mereka sehingga mereka menjadi seperti debu yang ditiup angin;aku memijak-mijak mereka seperti lumpur di jalan.
44 Engkau menyelamatkan aku daripada umat yang memberontak,dan menjadikan aku pemerintah bangsa-bangsa;bangsa yang tidak aku kenal menjadi rakyatku.
45 Bangsa asing meromok ketakutan di hadapanku,dan taat apabila mendengar perintahku.
46 Mereka hilang keberanian;mereka gementar dan keluar dari kubu pertahanan.
47 TUHAN hidup! Pujilah pembelaku!Isytiharkanlah keagungan Allah penyelamatku!
48 Dia memberi aku kemenangan atas musuhku;Dia menaklukkan bangsa-bangsa di hadapanku