6 Bahaya maut mengelilingi aku,dan kubur memasang perangkap untukku.
7 Dalam kesusahan aku berseru kepada TUHAN;aku berseru kepada Allahku minta pertolongan.Di dalam Rumah-Nya Dia mendengar suaraku;Dia memperhatikan seruanku.
8 Kemudian bumi bergempa dan bergoncang;tapak gunung bergoyang dan bergegar,kerana Allah murka.
9 Asap berhembus dari hidung-Nya,api dan bara keluar dari mulut-Nya.
10 Dia membelah langit lalu turundengan awan gelap di bawah kaki-Nya.
11 Dia terbang laju dengan mengenderai kerub;Dia melayang di atas sayap angin.
12 Dia menutup diri-Nya dengan kegelapan;awan mendung yang tebal mengelilingi Dia.