15 Tenagaku hilang,hilang seperti air yang tumpah.Semua tulangku terkehel;hatiku meleleh seperti lilin.
16 Kerongkongku kering seperti debu,dan lidahku melekat di lelangit.Engkau tinggalkan aku di atas debu,seperti orang yang sudah mati.
17 Sekumpulan orang jahat mengelilingi aku;seperti sekumpulan anjing, mereka mengepung aku;mereka menyiat tangan serta kakiku.
18 Semua tulangku kelihatan.Musuh memandang aku sebagai tontonan;
19 mereka membahagi-bahagikan pakaiankudan membuang undi untuk jubahku.
20 Ya TUHAN, janganlah jauhkan diri daripadaku,cepatlah datang untuk menolong aku.
21 Selamatkanlah aku daripada pedang;selamatkanlah aku daripada cengkaman anjing.