10 Orang yang mentaati perjanjian dan perintah-Nya,dipimpin-Nya dengan kasih dan setia.
11 Ya TUHAN, ampunilah aku sesuai dengan janji-Mu,kerana besarlah dosaku.
12 Orang yang taat kepada TUHANakan ditunjukkan-Nya jalan yang harus ditempuh.
13 Mereka akan sentiasa hidup makmur,dan anak cucu mereka akan mewarisi negeri itu.
14 TUHAN ialah sahabat orang yang mentaati-Nya,dan Dia menyatakan perjanjian-Nya kepada mereka.
15 Aku sentiasa mengharapkan pertolongan daripada TUHAN,dan Dia menyelamatkan aku daripada bahaya.
16 Berpalinglah kepadaku, ya TUHAN, dan kasihanilah aku,kerana aku keseorangan dan lemah.