15 Aku sentiasa mengharapkan pertolongan daripada TUHAN,dan Dia menyelamatkan aku daripada bahaya.
16 Berpalinglah kepadaku, ya TUHAN, dan kasihanilah aku,kerana aku keseorangan dan lemah.
17 Lapangkanlah hatiku daripada segala kekhuatiran,dan selamatkanlah aku daripada segala kesusahan.
18 Perhatikanlah segala kedukaan dan penderitaankudan ampunkanlah segala dosaku.
19 Lihatlah betapa banyaknya musuhku;mereka sangat membenci aku.
20 Lindungilah dan selamatkanlah aku;supaya aku tidak mendapat malu,kerana aku datang kepada-Mu meminta perlindungan.
21 Semoga kebaikan dan kejujuranku mengawal aku,kerana aku percaya kepada-Mu.