2 ya Allahku, aku percaya kepada-Mu.Janganlah biarkan aku dipermalukan;janganlah biarkan musuhku mentertawakan aku.
3 Kekalahan tidak akan dialami orang yang percaya kepada-Mu,tetapi hanya dialami orang yang cepat memberontak terhadap-Mu.
4 Ajarlah aku kehendak-Mu, ya TUHAN,nyatakanlah apa yang harus aku lakukan.
5 Ajarlah aku supaya aku hidup menurut kehendak-Mu,kerana Engkau penyelamatku.Aku selalu berharap kepada-Mu.
6 Ya TUHAN, ingatlah akan kebaikan dan kasih-Mu,yang telah Engkau tunjukkan sejak dahulu.
7 Ampunkan segala dosa dan kesalahan masa mudaku.Ya TUHAN, demi kasih dan kebaikan-Mu ingatlah akan aku.
8 Kerana TUHAN baik dan adil,Dia menunjukkan jalan kepada orang yang sesat.