6 Ya TUHAN, ingatlah akan kebaikan dan kasih-Mu,yang telah Engkau tunjukkan sejak dahulu.
7 Ampunkan segala dosa dan kesalahan masa mudaku.Ya TUHAN, demi kasih dan kebaikan-Mu ingatlah akan aku.
8 Kerana TUHAN baik dan adil,Dia menunjukkan jalan kepada orang yang sesat.
9 Dia memimpin orang yang rendah hati ke jalan yang benar,dan mengajar mereka kehendak-Nya.
10 Orang yang mentaati perjanjian dan perintah-Nya,dipimpin-Nya dengan kasih dan setia.
11 Ya TUHAN, ampunilah aku sesuai dengan janji-Mu,kerana besarlah dosaku.
12 Orang yang taat kepada TUHANakan ditunjukkan-Nya jalan yang harus ditempuh.