1 Mazmur Daud.Berilah aku keadilan, ya TUHAN,kerana aku melakukan yang benar,dan aku percaya kepada-Mu dengan sepenuhnya.
2 Periksalah aku, ya TUHAN, dan ujilah aku,selidiklah keinginanku dan fikiranku.
3 Kasih-Mu membimbing aku;kesetiaan-Mu sentiasa memimpin aku.
4 Aku tidak bergaul dengan orang yang tidak berguna;aku tidak berhubungan dengan orang yang berpura-pura.
5 Aku membenci pergaulan dengan orang jahat,dan aku menjauhkan diri daripada penjahat.
6 Ya TUHAN, aku membasuh tanganku tanda tidak bersalah,dan aku mengelilingi mazbah-Mu untuk menyembah Engkau.
7 Aku menyanyikan sebuah mazmurdan memberitakan segala perbuatan-Mu yang ajaib itu.