5 Aku membenci pergaulan dengan orang jahat,dan aku menjauhkan diri daripada penjahat.
6 Ya TUHAN, aku membasuh tanganku tanda tidak bersalah,dan aku mengelilingi mazbah-Mu untuk menyembah Engkau.
7 Aku menyanyikan sebuah mazmurdan memberitakan segala perbuatan-Mu yang ajaib itu.
8 Ya TUHAN, aku mengasihi Rumah kediaman-Mu,tempat yang penuh dengan kemuliaan-Mu.
9 Janganlah musnahkan aku bersama-sama orang berdosa;lindungilah aku daripada nasib pembunuh,
10 iaitu orang yang sentiasa melakukan kejahatandan selalu sedia menerima rasuah.
11 Tetapi aku hidup dengan tulus hati;kasihanilah dan selamatkanlah aku.