4 Aku telah memohon satu perkara kepada TUHAN;hanya satu sahaja yang aku minta;untuk tinggal di dalam Rumah TUHAN sepanjang hidupku,untuk menyaksikan segala kebaikan-Nya,dan meminta bimbingan-Nya.
5 Pada masa kesusahan Dia akan melindungi aku;Dia akan menjaga aku supaya selamat di dalam Rumah-Nya,dan menempatkan aku di atas gunung batu.
6 Maka aku akan mengalahkan semua musuh di sekelilingku.Dengan sorakan gembira aku akan mempersembahkan korban di dalam Rumah-Nya;aku akan menyanyi dan memuji TUHAN.
7 Dengarlah aku, ya TUHAN, apabila aku berseru kepada-Mu.Kasihanilah aku dan jawablah aku!
8 Hatiku berkata, “Marilah menyembah Dia.”Aku segera datang, ya TUHAN;
9 janganlah sembunyikan diri-Mu daripadaku.Janganlah marah dan tolak hamba-Mu.Engkaulah yang telah menjadi penolongku.Janganlah tinggalkan atau buang aku,ya Allah, penyelamatku!
10 Sekalipun ibu dan bapaku meninggalkan aku,tetapi TUHAN akan memelihara aku.