7 Dengarlah aku, ya TUHAN, apabila aku berseru kepada-Mu.Kasihanilah aku dan jawablah aku!
8 Hatiku berkata, “Marilah menyembah Dia.”Aku segera datang, ya TUHAN;
9 janganlah sembunyikan diri-Mu daripadaku.Janganlah marah dan tolak hamba-Mu.Engkaulah yang telah menjadi penolongku.Janganlah tinggalkan atau buang aku,ya Allah, penyelamatku!
10 Sekalipun ibu dan bapaku meninggalkan aku,tetapi TUHAN akan memelihara aku.
11 Ajarilah aku kehendak-Mu, ya TUHAN,dan pimpinlah aku pada jalan yang selamat,kerana musuhku amat banyak.
12 Janganlah serahkan aku kepada musuhku,yang menyerang aku dengan fitnah dan ancaman.
13 Aku yakin bahawa aku akan mengalami kebaikan TUHANdalam hidupku di dunia ini.