1 Mazmur Daud.Ya TUHAN, pembelaku, aku berseru kepada-Mu.Dengarlah teriakanku!Jika Engkau tidak mengabulkan doaku,aku seperti orang yang masuk ke lubang kubur.
2 Dengarkanlah aku ketika aku berseru meminta pertolongan,aku mengangkat tanganku ke arah Rumah-Mu yang suci.
3 Janganlah hukum aku bersama dengan orang durjana,bersama-sama orang yang melakukan kejahatan -orang yang bermulut manis,tetapi hati diliputi kebencian.
4 Hukumlah mereka kerana perbuatan mereka,kerana segala kejahatan yang telah dilakukan mereka.Hukumlah mereka kerana segala perbuatan mereka;balaslah mereka dengan sepatutnya.
5 Mereka tidak mempedulikan perbuatan TUHAN,mahupun segala ciptaan-Nya;oleh itu TUHAN akan menghukum merekadan memusnahkan mereka selama-lamanya.