2 Aku memuji Engkau, ya TUHAN, kerana Engkau telah menyelamatkan akudan tidak membiarkan musuhku mentertawakan aku.
3 Aku berseru kepada-Mu meminta pertolongan, ya TUHAN, Allahku,dan Engkau menyembuhkan aku.
4 Engkau menghalang aku turun ke alam maut,dan menyelamatkan aku dari dunia orang mati.
5 Nyanyikanlah pujian kepada TUHAN,hai umat-Nya yang setia!Ingatlah perkara yang telah dilakukan Yang Maha Sucidan bersyukurlah kepada-Nya!
6 Kemurkaan-Nya hanya sekejap sahaja,tetapi kebaikan-Nya berlangsung sepanjang umur.Air mata mungkin mengalir pada waktu malam,tetapi fajar membawa kegembiraan.
7 Ketika aku berasa selamat, aku berkata,“Aku tidak akan dikalahkan.”
8 Engkau sungguh baik kepadaku, ya TUHAN;seperti gunung yang kuat Engkau melindungi aku.Tetapi apabila Engkau menyembunyikan diri daripadaku,aku berasa takut.