10 TUHAN menggagalkan rancangan bangsa-bangsa;Dia meniadakan niat mereka.
11 Tetapi rancangan TUHAN tahan selama-lamanya,dan tujuan-Nya tidak berkesudahan.
12 Berbahagialah bangsa yang mengakui TUHAN sebagai Allahnya;berbahagialah bangsa yang dipilih sebagai milik-Nya!
13 TUHAN memandang ke bawah dari syurga,dan melihat semua manusia.
14 Dari takhta-Nya Dia mengamatisemua yang tinggal di bumi.
15 Dialah yang membentuk hati mereka,dan mengetahui segala perbuatan mereka.
16 Raja menang bukan kerana tenteranya besar,askar menang bukan kerana kuat.