14 Dari takhta-Nya Dia mengamatisemua yang tinggal di bumi.
15 Dialah yang membentuk hati mereka,dan mengetahui segala perbuatan mereka.
16 Raja menang bukan kerana tenteranya besar,askar menang bukan kerana kuat.
17 Kuda tidak dapat diharap untuk memenangi perang;kekuatan kuda tidak dapat menyelamatkan.
18 TUHAN memerhatikan mereka yang mentaati-Nya,mereka yang mengharapkan kasih-Nya.
19 Dia menyelamatkan mereka daripada kematian;Dia memelihara nyawa mereka pada masa kelaparan.
20 Kita berharap kepada TUHAN;Dialah penolong dan pelindung kita.