1 Mazmur Daud, ketika dia berpura-pura tidak waras fikiran di hadapan Abimelekh. Kemudian Daud pergi setelah diusir oleh Abimelekh.
2 Aku akan sentiasa bersyukur kepada TUHAN;aku tidak akan berhenti memuji Dia.
3 Aku akan memuji Dia kerana segala perbuatan-Nya;semoga semua orang yang tertindas mendengar dan bergembira.
4 Agungkanlah TUHAN bersama dengan aku,marilah bersama-sama memuji nama-Nya.
5 Aku berdoa kepada TUHAN dan Dia mengabulkan doaku,Dia membebaskan aku daripada segala ketakutan.