5 Aku berdoa kepada TUHAN dan Dia mengabulkan doaku,Dia membebaskan aku daripada segala ketakutan.
6 Orang yang tertindas memandang Dia lalu bergembira;mereka tidak sekali-kali akan kecewa.
7 Orang malang berseru dan TUHAN menjawab,Dia membebaskan mereka daripada segala kesusahan.
8 Malaikat TUHAN mengawal orang yang menghormati-Nya,dan menyelamatkan mereka daripada bahaya.
9 Rasakanlah sendiri betapa baiknya TUHAN!Berbahagialah orang yang berlindung kepada-Nya!
10 Hormatilah TUHAN, hai semua umat-Nya,kerana orang yang mentaati-Nya tidak akan berkekurangan.
11 Singa juga lapar kerana kekurangan makanan,tetapi orang yang mentaati TUHAN tidak kekurangan apa-apa yang baik.