9 Rasakanlah sendiri betapa baiknya TUHAN!Berbahagialah orang yang berlindung kepada-Nya!
10 Hormatilah TUHAN, hai semua umat-Nya,kerana orang yang mentaati-Nya tidak akan berkekurangan.
11 Singa juga lapar kerana kekurangan makanan,tetapi orang yang mentaati TUHAN tidak kekurangan apa-apa yang baik.
12 Marilah, hai anak-anak semua dan dengarlah nasihatku,aku akan mengajar kamu menghormati TUHAN.
13 Mahukah kamu menikmati hidup?Mahukah kamu berumur panjang dan berbahagia?
14 Jangan keluarkan kata-kata jahat,dan jangan suka berdusta.
15 Tinggalkanlah yang jahat dan lakukanlah yang baik;usahakanlah kedamaian dengan tekun.