1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud, hamba TUHAN.
2 Dosa bertutur dalam lubuk hati orang jahat,mereka menyangkal Allah dan tidak takut kepada-Nya,
3 kerana mereka membanggakan diri,dan berfikir dosa mereka tidak akan diketahui dan tidak dibenci.
4 Kata-kata mereka penuh dengan kejahatan dan dusta,mereka tidak lagi melakukan yang baik dan bijaksana.
5 Mereka merancang kejahatan ketika berbaring di katil;tiada perbuatan mereka yang baik,dan mereka tidak pernah menolak apa-apa yang jahat.
6 Ya TUHAN, kasih-Mu membumbung setinggi langit,kesetiaan-Mu sampai ke awan yang tinggi.
7 Kebaikan-Mu teguh seperti gunung yang besar,dan keadilan-Mu sedalam laut.Engkau menjaga manusia dan haiwan.