15 tetapi mereka akan ditikam oleh pedang mereka sendiri,dan busur mereka akan dipatahkan.
16 Sedikit barang yang dimiliki orang baiklebih berharga daripada kekayaan semua orang jahat,
17 kerana TUHAN akan mematahkan kuasa orang jahatdan melindungi orang baik.
18 TUHAN memelihara mereka yang mentaati-Nya,dan negeri ini menjadi pusaka mereka selama-lamanya.
19 Mereka tidak akan menderita pada masa kesusahan;mereka akan berkecukupan pada masa kelaparan.
20 Tetapi orang jahat akan mati;musuh TUHAN akan hilang seperti bunga di padang;mereka akan lenyap seperti asap.
21 Orang jahat meminjam dan tidak membayar balik,tetapi orang baik memberi dengan murah hati.