17 kerana TUHAN akan mematahkan kuasa orang jahatdan melindungi orang baik.
18 TUHAN memelihara mereka yang mentaati-Nya,dan negeri ini menjadi pusaka mereka selama-lamanya.
19 Mereka tidak akan menderita pada masa kesusahan;mereka akan berkecukupan pada masa kelaparan.
20 Tetapi orang jahat akan mati;musuh TUHAN akan hilang seperti bunga di padang;mereka akan lenyap seperti asap.
21 Orang jahat meminjam dan tidak membayar balik,tetapi orang baik memberi dengan murah hati.
22 Mereka yang diberkati TUHAN akan mewarisi negeri ini,tetapi mereka yang dikutuk oleh-Nya akan diusir.
23 TUHAN memimpin orang ke jalan yang harus ditempuhnyadan melindungi orang yang diperkenankan-Nya.