23 TUHAN memimpin orang ke jalan yang harus ditempuhnyadan melindungi orang yang diperkenankan-Nya.
24 Jika orang itu jatuh, dia tidak akan cedera,kerana TUHAN memegang tangannya.
25 Kini aku sudah tua dan sudah hidup lama,tetapi aku tidak pernah melihat orang baik ditinggalkan TUHAN,ataupun anak mereka meminta-minta makanan.
26 Mereka sentiasa memberi dan meminjamkan dengan murah hati,dan anak-anak mereka menjadi berkat bagi mereka.
27 Tinggalkanlah yang jahat dan lakukanlah yang baik,supaya keturunanmu hidup di negeri ini selama-lamanya;
28 kerana TUHAN suka akan kebenaran,dan tidak meninggalkan umat-Nya yang setia.Dia melindungi mereka selama-lamanya,tetapi keturunan orang jahat akan diusir.
29 Orang yang salih akan memiliki negeri ini,dan tinggal di sini selama-lamanya.