25 Kini aku sudah tua dan sudah hidup lama,tetapi aku tidak pernah melihat orang baik ditinggalkan TUHAN,ataupun anak mereka meminta-minta makanan.
26 Mereka sentiasa memberi dan meminjamkan dengan murah hati,dan anak-anak mereka menjadi berkat bagi mereka.
27 Tinggalkanlah yang jahat dan lakukanlah yang baik,supaya keturunanmu hidup di negeri ini selama-lamanya;
28 kerana TUHAN suka akan kebenaran,dan tidak meninggalkan umat-Nya yang setia.Dia melindungi mereka selama-lamanya,tetapi keturunan orang jahat akan diusir.
29 Orang yang salih akan memiliki negeri ini,dan tinggal di sini selama-lamanya.
30 Kata-kata orang yang baik itu bijak,dan mereka sendiri pun adil.
31 Mereka menyimpan Taurat Allah dalam hatidan tidak menyimpang daripadanya.