28 kerana TUHAN suka akan kebenaran,dan tidak meninggalkan umat-Nya yang setia.Dia melindungi mereka selama-lamanya,tetapi keturunan orang jahat akan diusir.
29 Orang yang salih akan memiliki negeri ini,dan tinggal di sini selama-lamanya.
30 Kata-kata orang yang baik itu bijak,dan mereka sendiri pun adil.
31 Mereka menyimpan Taurat Allah dalam hatidan tidak menyimpang daripadanya.
32 Orang jahat mengawasi orang baikserta mencari kesempatan untuk membunuh mereka;
33 tetapi TUHAN tidak menyerahkan mereka ke dalam tangan musuhataupun membiarkan mereka dihukum ketika diadili.
34 Berharaplah kepada TUHAN dan taatilah perintah-Nya;Dia akan memberi kamu negeri ini untuk menghormatimu,dan kamu akan melihat orang jahat dihalau.